HOME OWNER BIAS FRIENDS STUFFS FOLLOW NEWER OLDER

Risiko Kurang Tidur
Wednesday, 17 April 2013 - Permalink - 0 Miku(s)



TAHUKAH ANDA, masalah gangguan tidur atau tidur yang tidak mencukupi membantutkan proses menurunkan berat badan bagi sesiapa yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Jurulatih kecergasan Mike Mahlker (mikemahler.com) menyatakan tidur yang cukup dan berkualiti akan meningkatkan penghasilan Melatonin yang akan menurunkan hormon yang boleh menyebabkan lemak tersimpan. Ini bermakna tidur yang berkualiti dan mencukupi boleh membakar kalori dan mengelakan kalori tersebut tersimpan sebagai lemak. Melatonin juga adalah merupakan antioksidan yang kuat, menghalang pengumpulan lemak perut dan peningkatan insulin dan sensitivity hormon leptin.

Tidur juga adalah cara semulajadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia. Ini diakui oleh Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie.
Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Warwick,mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

Berdasarkan risiko – risiko diatas, kita sepatutnya berusaha untuk mendapatkan tidur yang mencukupi, kepada anda yang mengalami masalah kesukaran untuk tidur, tips di bawah mungkin dapat membantu.




5 Makanan yang boleh membantu untuk dapatkan tidur yang sempurna


1. Anggur



Anggur secara semulajadinya mengandungi kandungan Melantonin yang tinggi yang boleh mambantu mengawal jam badan (body clock) anda.




2. Oat



Oat dan makanan yang berasaskan gandum (wholegrain) akan meransang penghasilan serotonin dalam otak. Serotonin adalah sejenis  hormon yang terdapat dalam tubuh manusia yang mengawal mood, mengurangkan emosi negative dan membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia.




3. Kacang Almond



Kacang Almond mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang membantu badan anda  untuk tidur dan mendorong penghasilan serotin.



4. Susu



Susu adalah sejenis sumber kalsium yang baik kepada badan yang mana akan dengan kombinasi tryptophan akan menghasilkan serotonin dan melatonin. Ini akan menghasilkan tidur yang berkualiti.




5. Pisang


Buah yang kaya dengan magnesium ini akan membantu merehatkan otot badan ketika tidur, ia akan membantu mengurangkan pergerakan badan ketika tidur yang boleh menggangu tidur kita.

JADI, demi untuk mendapatkan tidur yang sempurna, tidak salah untuk kita mencuba makanan diatas sebelum tidur, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu pada mereka yang mengalami masalah sukar tidur. Tetapi perlu sentiasa beringat setiap makanan yang diambil perlulah dalam kuantiti sederhana dan masih dalam ruang lingkup keperluan kalori badan seharian. 

Selamat Mencuba!


P/S : Copy & Paste

Labels: